
Sebuah legenda Mesir kuno mengatakan bahawa ketika kejadian bumi, batu turmalin ini telah mengembara dan berkeliaran di jalan yang panjang iaitu dari pusat bumi untuk pergi ke matahari. Dari permukaan bumi, batu ini menggunakan jambatan pelangi untuk menuju ke matahari. Di pertengahan jalan tanpa disedari, ia telah mengambil semua warna pelangi! Namun, diakhir jambatan pelangi, batu ini tetap tidak sampai ke matahari tetapi tiba dipermukaan bumi juga, namun di kawasan yang berbeza. Oleh kerana itu, permata ini mempunyai pelbagai warna-warna pelangi. Pada hari ini ia juga dikenali sebagai "batu permata pelangi".
Menurut kajian ahli batu permata, warna turmalin ketika ini dikategorikan mempunyai hampir semua warna pelangi. Mereka mendapati bahawa lebih dari 50 warna dalam sub warna yang sama iaitu dari jernih (tidak berwarna), kepada merah menjadi merah muda, kuning, coklat, hijau dan biru menjadi hitam.
Perkara yang lebih unik, sesetengah permata turmalin boleh berubah warnanya disebabkan perubahan dari cahaya siang atau cahaya dari sumber lain, ia berubah sepertimana perubahan warna akibat kesan cahaya seperti mata kucing. Ciri-ciri ini juga terdapat kepada sesetengah permata serai, namun bukan semua.

Keistimewaan ini hanya ada pada permata turmalin. Tidak kepada topaz. Turmalin akan menghasilkan kuasa elektrik apabila terkena haba yang mana menarik perhatian ahli sains tentang kewujudan permata ini. Selain itu, ia juga boleh menjadi hablur kutub magnet yang boleh menarik objek yang ringan.