Sabtu, 23 Jun 2012

Siapa Berminat?

Terbaekk dari saya...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 5 Jun 2012

Keris Berwafak & Permata Serai Merah

Keris berwafak ini saya terima ketika menarik batu serai pada kali pertama. Ia umpama hadiah kepada saya dari alam sana. Muka kanannya berukir Laillahaillah muhammadarasulillah. Manakala muka kiri berukir Lahaulawala quwatailla billah. Jenis logam, tembaga kuning.


Batu permata serai 5 sekawan merah darah ini, juga diterima dari pohon serai berbunga. Setelah rumpun serai diangkat dari bumi. Terpancar warna merah dalam gelap terkena biasan cahaya lampu suluh!

Jika saudara berminat memilikinya, sila hubungi saya. Sms pun ok....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 4 Jun 2012

Koleksi Permata Serai / Turmalin

Ini merupakan koleksi yang saya sayang. Kini, saya fikir lebih baik ia dijual. Hubungi saya untuk memilikinya. Hanya RM60 sahaja.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 22 Februari 2012

Berlian Pink Popular

SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Khamis, 16 Februari 2012

Serai Berbunga Di Hadapan Rumah Saya

Alhamdulillah, serai saya dah berbunga. Sesiapa yang pandai tarik batu serai, marilah datang tolong tarikkan. Hasil bahagi dua....