Ahad, 27 Februari 2011

Siri II Permata Batu Serai: Topaz @ Turmalin?

Nama turmalin berasal dari Tura 'mali yang dari bahasa Singhala yang bererti "batu pelbagai warna." Pada asalnya, nama permata ini adalah Ashentrekker yang popular di timur tengah sejak dahulu kala lagi.

Sebuah legenda Mesir kuno mengatakan bahawa ketika kejadian bumi, batu turmalin ini telah mengembara dan berkeliaran di jalan yang panjang iaitu dari pusat bumi untuk pergi ke matahari. Dari permukaan bumi, batu ini menggunakan jambatan pelangi untuk menuju ke matahari. Di pertengahan jalan tanpa disedari, ia telah mengambil semua warna pelangi! Namun, diakhir jambatan pelangi, batu ini tetap tidak sampai ke matahari tetapi tiba dipermukaan bumi juga, namun di kawasan yang berbeza. Oleh kerana itu, permata ini mempunyai pelbagai warna-warna pelangi. Pada hari ini ia juga dikenali sebagai "batu permata pelangi".

Menurut kajian ahli batu permata, warna turmalin ketika ini dikategorikan mempunyai hampir semua warna pelangi. Mereka mendapati bahawa lebih dari 50 warna dalam sub warna yang sama iaitu dari jernih (tidak berwarna), kepada merah menjadi merah muda, kuning, coklat, hijau dan biru menjadi hitam.
Perkara yang lebih unik, sesetengah permata turmalin boleh berubah warnanya disebabkan perubahan dari cahaya siang atau cahaya dari sumber lain, ia berubah sepertimana perubahan warna akibat kesan cahaya seperti mata kucing. Ciri-ciri ini juga terdapat kepada sesetengah permata serai, namun bukan semua.
Perkara yang menguatkan pendapat saya bahawa permata serai adalah turmalin adalah kerana ciri-ciri turmalin yang elektromagnetik. Menjadi pengetahuan ramai bahawa permata serai boleh melekat pada cermin atau sesama sendiri. Ini menunjukkan bahawa permata serai dan turmalin adalah permata yang sama.

Keistimewaan ini hanya ada pada permata turmalin. Tidak kepada topaz. Turmalin akan menghasilkan kuasa elektrik apabila terkena haba yang mana menarik perhatian ahli sains tentang kewujudan permata ini. Selain itu, ia juga boleh menjadi hablur kutub magnet yang boleh menarik objek yang ringan.

Jadi, melalui pembacaan saya beberapa buah buku dan sumber internet, kuat menyatakan bahawa turmalin dan permata serai adalah sama. Permata serai bukan topaz, tetapi turmalin.

Khamis, 10 Februari 2011

Siri I Permata Batu Serai: Topaz @ Turmalin?

Permata batu serai memang mistik. Sesuai dengan tajuk artikel saya kali ini adalah tentang kategori permata batu serai ini sendiri, samaada topaz atau turmalin. Juga membawa 1000 pertanyaan.

Ramai berpandangan bahawa ia adalah topaz. Ini kerana bentuk dan warnanya. Menurut buku Batu Permata: Kilauan Menawan terbitan Muzium Negara (2004), topaz pertama kali dijumpai di sebuah pulau di Laut Merah iaitu Pulau Zebirget. Kristal ini dinamakan sempena nama awal pulau ini iaitu Topazos.

Seatu ketika dulu pemerintah Mesir memberikan hak kepada penduduk pulau itu untuk melombong kristal ini. Menurut kisahnya, topaz hanya boleh dilihat pada waktu malam apabila kilauannya memancar menerangi malam yang gelap. Oleh yang demikian penduduk akan keluar pada waktu malam untuk menanda tempat kilauan permata yang bermaksud terdapatnya topaz di situ. pada siangnya kristal ini diambil di tempat yang ditanda tersebut.Orang mesir menganggap Imperial Topaz adalah cahaya yang diabadikan oleh tuhan matahari, Ra. Orang Yunani dan Rom juga mengaitkan kristal yang berwarna keemasan ini dengan tuhan matahari mereka iaitu Mustari.

Perkataan topaz mungkin berkaitan dengan Bahasa Arab توباز kata yang bererti "objek yang dicari" atau तपस् kata Sanskrit "tapas" yang bererti "panas" atau "api". Ini mungkin berdasarkan sejarah dan warna kristal ini yang kebiasaanya kuning kemasan (wikipedia).

Persoalan saya, adakah topaz hanya berwarna kuning keemasan? Namun kini tidak lagi. Topaz ada pelbagai warna. Menurut catatan Nicols (1652), beliau merupakan penulis risalah sistematik pertama untuk mineral dan batu permata telah menulis dua bab tentang topaz. Pada Abad Pertengahan, topaz digunakan untuk merujuk pada setiap batu permata bewarna kuning keemasan. Tetapi kini kategori topaz pelbagai warna dengan merujuk mineral silikat yang terdapat di dalamnya.
Persoalan tajuk belum saya jawab. Saya akan jawab di artikel siri II akan datang..

Rabu, 9 Februari 2011

Aura Dalaman Batu Permata

Posting ini merupakan ringkasan saya daripada rencana utama KOSMO yang ditulis oleh wartawan NURUL IZZA ROSLY.

JUTAAN tahun lalu, batu permata telah menarik minat manusia kerana kecantikan dan misteri di sebaliknya. Sejak itu, batu-batu permata menjadi simbol kekayaan, kuasa dan cinta selain ia dikaitkan dengan zodiak.

Pada zaman purba, batu permata dipakai sebagai azimat dan tangkal untuk melindungi diri daripada kuasa-kuasa jahat dan syaitan, memelihara kesihatan malah, menjauhkan diri daripada wabak penyakit.

Terdapat tiga cara batu permata digunakan iaitu dengan meletakkan batu permata pada bahagian tubuh yang sakit, memakan batu permata yang telah menjadi serbuk dan kehadiran batu permata tersebut sahaja sudah mencukupi untuk mengubati penyakit.

Sehingga kini, terdapat segelintir masyarakat menggunakan batu permata sebagai ubat untuk mengubati penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, insomnia, gemuruh, melancarkan perjalanan darah, resdung, darah tinggi, sakit sendi dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua batu permata mempunyai khasiat yang tersendiri.
Kini sudah menjadi trend apabila semakin ramai orang memilih batu permata sebagai cincin. dan loket sebagai perhiasan dalam masa yang sama untuk tujuan kesihatan.

Persoalannya, benarkah batu-batu permata boleh mempengaruhi kesihatan seseorang atau ia sekadar mitos yang diwarisi turun-temurun?

Kurator Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya, Degor Johia, “Batu-batuan yang dijual dengan kepercayaan bahawa ia mampu merawat, mengawal dan membantu meningkatkan kesihatan badan setakat ini masih belum dapat dibuktikan kesahihannya.
“Ia bergantung kepada si pemakai kerana setiap orang mempunyai ‘aura dalaman’ berbeza, sama seperti sistem ketahanan antibodi dalam badan manusia,” katanya.
“Memang terdapat unsur elektromagnet di dalam batuan. Lebih tinggi kandungan mineral berlogamnya, maka lebih tinggi gelombang elektromagnet yang terhasil.

“Selain itu, batuan juga mengandungi unsur radioaktif iaitu peratusan kandungannya bergantung kepada bagaimana dan di mana batuan itu terbentuk,” ujarnya.
Contoh di atas hanyalah sebahagian kecil daripada batu-batuan yang digunakan dalam bidang rawatan alternatif kerana Degor memberitahu, ia hanyalah sebahagian daripada ikhtiar untuk mengubati penyakit.

Menurut seorang peniaga Hariyah Halib, 38, batu akik, flourit, kalsit dan obsidian untuk sakit belakang, batu garnet, jasper, dolomite dan karang putih untuk penyakit alahan atau alergi manakala batu delima, garnet dan aventurin hijau untuk masalah kesuburan. Bagaimanapun ia tidak semestinya berkesan 100 peratus. Namun, untuk memiliki batu-batu permata itu, seseorang perlu melabur wang yang banyak kerana harganya tidaklah murah.
“Aksesori daripada batu permata harganya mahal, tetapi kerana minat yang mendalam saya selalu membelinya. Kemudian saya mula membeli secara pukal daripada pembekal kerana harganya lebih murah berbanding membelinya di kedai-kedai biasa.''
“Ada dua sebab mengapa seseorang itu memakai batu permata iaitu untuk kesihatan dan sebagai aksesori kecantikan,” katanya ketika ditemui.

Contonya, dipercayai batu ametis atau kecubung boleh merawat masalah gout, insomnia, serta merawat jerawat serta ekzema.
“Melalui pembacaan dan maklumat yang saya peroleh daripada penjual batu permata, batu-batu ini mempunyai khasiat untuk kesihatan seperti baik untuk kesihatan jantung, kencing manis, artritis, darah tinggi, insomnia dan banyak lagi.
“Sungguhpun begitu kita tidak boleh mempercayai kepada kuasa sesuatu tanpa ada bukti yang sahih berdasarkan kajian saintifik dan pandangan agama kerana ia adalah kuasa Allah.
“Namun, kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mencari penawar bagi setiap sesuatu kerana Allah telah menciptakan setiap kejadiannya di muka bumi ini dengan manfaat masing-masing,” ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Isnin, 7 Februari 2011

Cincin Emas & Perak Permata Serai Terpilih

Dua permata batu serai yang kami terima daripada aktiviti tarik batu serai malam jumaat lalu telah kami tempah buat cincin emas & perak. Telah siap pada 2hb Feb lepas. Permata batu serai yang kami buat cincin ini agak special sebenarnya...

Batu cincin merah oren itu telah saya minta special daripada Wak. Saya dan seorang kawan telah berikan padanya bunga serai, kemudian dia telah gengam dan tarik bunya serai tersebut di tapak tangan kiranya, kemudian muncul beberapa biji permata serai dan jade di tapak tangan Wak. Sebiji darinya telah diberikan pada saya dan seperti cincin perak di atas.

Batu cincin kuning emas itu sebenarnya mempunyai dua warna pada sebiji permata. Jika diamati gambar 3, permata tersebut mempunyai warna jernih di bahagian tepinya. Walaupun keseluruhannya warna kuning keemasan. permata ini lain dari lain juga dari segi potongannya. Oleh itu, kami telah jadikannya permata cincin emas.