Selasa, 7 Jun 2011

Warna Batu Permata & Simbolik Kepada Individu

Makna Simbolik Batu Permata

Menurut kepercayaan, batu permata dapat mengungkap tuah pemilik permata dan melihat 'masa depan'. Bahkan ramai yang menganggap batu permata memiliki 'kekuatan' atau kemampuan memberikan sesuatu kepada penggunanya. Samaada benar atau tidaknya, batu permata memang memiliki makna simbolik yang menurut sebahagian orang, makna itu memang benar.

Permata warna kuning.
Bila dikenakan oleh kaum perempuan maka ia menandakan kemurahan hatinya. Tetapi jika dikenakan oleh kaum lelaki maka batu permata ini akan menandakan kerahsiaannya.

Permata warna ungu/violet.
Jika dikenakan oleh kaum perempuan, ia akan menunjukkan pemikiran yang mulia dan suka pada sifat-sifat spiritual. Sedangkan bila dikenakan pada kaum lelaki maka melambangkan penilaian yang bijaksana, ketabahan dan bercita-cita tinggi.

Permata warna hitam.
Akan mengungkapkan ketidaktentuan emosi jika dikenakan pada kaum perempuan bujang. Namun kepada perempuan yang sudah menikah, ia akan menandakan kesetiaan, ketekunan dan cinta yang tidak ada batasnya. Sedangkan bila dikenakan oleh kaum lelaki maka menandakan bijaksana, kekuatan batin, keteguhan atau kepatuhan.

Permata warna merah.
Menandakan kebanggaan, keangkuhan dan ketegaran bila dikenakan oleh kaum perempuan. Tetapi bila dikenakan oleh kaum lelaki maka, ia melambangkan kepemimpinan, aristokrat, kekuasaan dan kesungguhan hati.

Permata warna biru.
Warna ini akan menandakan kecemburuan dalam cinta, waspada dan sikap yang benar dalam pergaulan bila dikenakan oleh kaum perempuan. Sedangkan bila dikenakan oleh kaum lelaki maka akan menandakan kebijaksanaan, pemikiran mulia dan dermawan.

Permata warna hijau.
Melambangkan bercita-cita tinggi, kegembiraan dan perubahan bila dikenakan oleh kaum perempuan. Tetapi jika dikenakan oleh kaum lelaki maka akan menandakan kebahagiaan, persahabatan yang luas dan harapan yang fana.

Apakah anda percaya akan hal tersebut? Semua itu terpulang kepada keyakinan masing-masing. Apakah permata-permata tersebut hanya sebagai hiasan saja atau ada maksud yang lain? Ia tetap misteri & mistik....
Artikel ini adalah olahan dari artikel asal di SINI.

Rabu, 4 Mei 2011

Berlian Terbesar


  1. Dijumpai pada 26 Januari 1905 di Afrika Selatan. Berlian ini dinamakan sebagai Cullinan Diamond.
  2. Ketika dijumpai, ia mempunyai berat 3106 karat. Sebagai perbandingan, cincin berlian biasa yang dijual di pasaran mempunyai berat hanya sekitar 1-2 karat. Cincin yang mempunyai berat melebihi 3 karat sudah dianggap sebagai besar dan mewah. Inikan pula melebihi 3000 karat!
  3. Berlian ini sudah dipotong sebanyak 3 kali, Cullinan I, Cullinan II dan Cullinan III. Potongan yang paling besar dikenali sebagai Star of Africa (merupakan yang kedua terbesar di dunia) dan kini dipamerkan di Tower of London.



Sumber: Billy Info

Selasa, 26 April 2011

Permata Mistik Dari Rumpun Serai Berbunga

Suatu tengah malam di Restoran Maulana, Serdang, pertama kali bila Iqbal memperkenalkan saya dengan batu serai, memang saya tak percaya. Apakah logik permata secantik itu dan batu permata boleh digali dan dijumpai di akar serai? Dan. Apakah logik rumpun serai berbunga? Kurang masuk akal. Tapi di Alam Melayu semua perkara ini tidak mustahil berlaku. Itu saya yakin. Malam itu, Iqbal nak jual batu serai yang dia miliki pada saya. Dan. Dia cerita kepada saya bagaimana upacara dilakukan untuk memperolehi harta karun ini. Untuk lebih meyakinkan saya, Iqbal mengajak saya menyertai aktiviti ini. Sehingga sekarang, saya telah menyertai aktiviti ini sebanyak 4 kali.Perkara pertama yang paling penting perlu ada rumpun serai yang berbunga. Tidak terkecuali serai makan atau serai wangi, semua boleh. Menurut Iqbal dan kawan-kawan saya yang bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti ini, kunyit berbunga pun boleh! Syaratnya di tanam di atas tanah. Malah Wak yang menjadi perantaraan upacara ini pernah mengeluarkan batu permata dari bunga tebu di tapak tangannya. Juga, pengalaman saya melihat sendiri Wak keluarkan batu permata ditangannya dengan bunga serai. Itu, depan mata kepala saya. Permata itu saya jadiakan mata cincin.Kemudian, kita perlu sediakan beras yang digaul dengan kunyit dan digaul juga dengan minyak atar. Semakin kuat bau minyak atar semakin bagus.Bunga serai tadi kita perlu patah-patahkan dan masukkannya ke tengah-tengah rumpun. selepas itu, disusuli dengan menaburkan semua beras kunyit tadi ke dalam rumpun serai. Setelah itu, Wak akan menyelimutkan rumpun tersebut dengan kain wafak hitam. Setelah diselimutkan dengan kain wafak, Wak akan membaca surah-surah pendek (ini yang saya dengar sendiri). Jampi-jampi yang lain saya tak tahu sebab tidak pernah dengar. Namun bibir Wak kerap terkumap-kamit membaca sesuatu.
Setelah selesai, Wak akan menyeluk kain wafak tadi ke tengah-tengah rumpun. Kemudian kain itu dibungkus. Pembantu Wak akan memegang kain tersebut. Wak arahkan kami menarik rumpun serai itu, ketika proses menarik, kami tidak boleh menyuluh cahaya ke akar serai. setelah rumpun serai di tarik dan diletakkan di atas alas, maka kami akan menyuluh cahaya di tanah bekas tempat rumpun serai itu. Maka. Berkilau-kilauan batu serai di atas tanah, kami perlu mengutip permata ini secara cepat dan tertib. Jika lambat, permata ini akan hilang. Kemudian kami akan menggali tanah tersebut kerana masih banyak lagi permata di dalam tanah bekas rumpun. Kawan yang lain akan mencari permata dan harta lain di dalam rumpun serai dan akar serai. Juga akan dijumpai pelbagi jenis permata di situ. Jika bernasib baik akan menjumpai cincin permata.Ini adalah sebahagian hasil yang dijumpai di dalam tanah bekas rumpun serai yang di tarik. Permata bercampur dengan tanah dan pasir. Masih belum dicuci dan diasingkan.
Selain itu, perkara lain yang paling mistik ialah barangan lain yang terdapat di dalam kain wafak hitam setelah dikeluarkan dari rumpun serai tadi. Inilah barang-barang yang ada. Lihat sendiri di dalam gambar. Untuk memiliki barangan di atas, ia perlu ditebus dengan sekian harga. Sengaja saya tidak mahu memperincikan barang-barang mistik tersebut. Ia hanya tatapan dan pengalaman.
Inilah hasil yang saya terima daripada aktiviti saya pada malam tersebut. Sebahagian besarnya telah saya jual. Semuanya saya jual. Boleh hubungi kami untuk memiliki permata di atas.

Isnin, 25 April 2011

Personaliti Batu Permata



KLIK gambar untuk paparan yang lebih jelas



Kami fikir informasi ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan dengan pembaca-pembaca semua. Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya...

Selasa, 19 April 2011

Permata Mistik Untuk Dijual

Stok permata kami untuk dijual. Buat masa sekarang ini sahaja yang masih ada.
Antara yang kelihatan di dalam gambar ialah:
1. Batu serai pelbagai warna & bentuk (RM75).
2. Delima pelbagai saiz.
3. Batu akik
4. Jade pelbagai saiz
5. Batu mata kucing (RM55)
Harga masih boleh dirunding. Bagi delima, jade & akik harga mengikut saiz.

Isnin, 18 April 2011

Berlian oh Berlian

KLIK gambar di atas untuk dapatkan paparan yang jelas untuk dibaca.

Khamis, 3 Mac 2011

Buku Rujukan & Mistiknya Permata

Ini merupakan buku rujukan pertama kami tentang batu permata. Ia telah dihadiahkan oleh seorang sahabat kepada saya.

Buku ini sangat banyak memberi info tentang permata dari sejarah, mitos, geografi dan saintifik. Di dalamnya memperihal tentang 206 permata asli dan telah diproses. Antara info yang menarik ialah definisi batu permata itu sendiri iaitu, suatu mineral atau bahan organik yang mempunyai nilai intrinsik kerana bahan tersebut cantik, tahan lasak atau jarang dijumpai, (Kamus Geologi, 2001).

Begitu juga dengan batu permata serai, ia merupakan suatu mineral organik (batu) yang memang intrinsik. Permata serai memang diyakini sangat cantik, agak tahan lasak dan sememangnya sangat jarang dijumpai. Malah untuk menjumpai serai yang berbunga juga amat jarang. Semestinya, salah satu kelebihan permata serai ialah mistik.....

Jadi, tidak hairan jika kami kerap menerima pelbagai pertanyaan tentang penemuan permata serai ini. InsyaAllah, jika ada kesempatan saya akan menjelaskan secara bergambar upacara menarik batu serai dari alam mistik ini.

Jika saudara ingin memiliki permata serai, delima merah air, jade dan batu akik (agate) yang kami miliki secara mistik dari menarik serai berbunga, sila hubungi nombor telifon di sebelah. Harga? Masih boleh dibincangkan lagi..

Ahad, 27 Februari 2011

Siri II Permata Batu Serai: Topaz @ Turmalin?

Nama turmalin berasal dari Tura 'mali yang dari bahasa Singhala yang bererti "batu pelbagai warna." Pada asalnya, nama permata ini adalah Ashentrekker yang popular di timur tengah sejak dahulu kala lagi.

Sebuah legenda Mesir kuno mengatakan bahawa ketika kejadian bumi, batu turmalin ini telah mengembara dan berkeliaran di jalan yang panjang iaitu dari pusat bumi untuk pergi ke matahari. Dari permukaan bumi, batu ini menggunakan jambatan pelangi untuk menuju ke matahari. Di pertengahan jalan tanpa disedari, ia telah mengambil semua warna pelangi! Namun, diakhir jambatan pelangi, batu ini tetap tidak sampai ke matahari tetapi tiba dipermukaan bumi juga, namun di kawasan yang berbeza. Oleh kerana itu, permata ini mempunyai pelbagai warna-warna pelangi. Pada hari ini ia juga dikenali sebagai "batu permata pelangi".

Menurut kajian ahli batu permata, warna turmalin ketika ini dikategorikan mempunyai hampir semua warna pelangi. Mereka mendapati bahawa lebih dari 50 warna dalam sub warna yang sama iaitu dari jernih (tidak berwarna), kepada merah menjadi merah muda, kuning, coklat, hijau dan biru menjadi hitam.
Perkara yang lebih unik, sesetengah permata turmalin boleh berubah warnanya disebabkan perubahan dari cahaya siang atau cahaya dari sumber lain, ia berubah sepertimana perubahan warna akibat kesan cahaya seperti mata kucing. Ciri-ciri ini juga terdapat kepada sesetengah permata serai, namun bukan semua.
Perkara yang menguatkan pendapat saya bahawa permata serai adalah turmalin adalah kerana ciri-ciri turmalin yang elektromagnetik. Menjadi pengetahuan ramai bahawa permata serai boleh melekat pada cermin atau sesama sendiri. Ini menunjukkan bahawa permata serai dan turmalin adalah permata yang sama.

Keistimewaan ini hanya ada pada permata turmalin. Tidak kepada topaz. Turmalin akan menghasilkan kuasa elektrik apabila terkena haba yang mana menarik perhatian ahli sains tentang kewujudan permata ini. Selain itu, ia juga boleh menjadi hablur kutub magnet yang boleh menarik objek yang ringan.

Jadi, melalui pembacaan saya beberapa buah buku dan sumber internet, kuat menyatakan bahawa turmalin dan permata serai adalah sama. Permata serai bukan topaz, tetapi turmalin.

Khamis, 10 Februari 2011

Siri I Permata Batu Serai: Topaz @ Turmalin?

Permata batu serai memang mistik. Sesuai dengan tajuk artikel saya kali ini adalah tentang kategori permata batu serai ini sendiri, samaada topaz atau turmalin. Juga membawa 1000 pertanyaan.

Ramai berpandangan bahawa ia adalah topaz. Ini kerana bentuk dan warnanya. Menurut buku Batu Permata: Kilauan Menawan terbitan Muzium Negara (2004), topaz pertama kali dijumpai di sebuah pulau di Laut Merah iaitu Pulau Zebirget. Kristal ini dinamakan sempena nama awal pulau ini iaitu Topazos.

Seatu ketika dulu pemerintah Mesir memberikan hak kepada penduduk pulau itu untuk melombong kristal ini. Menurut kisahnya, topaz hanya boleh dilihat pada waktu malam apabila kilauannya memancar menerangi malam yang gelap. Oleh yang demikian penduduk akan keluar pada waktu malam untuk menanda tempat kilauan permata yang bermaksud terdapatnya topaz di situ. pada siangnya kristal ini diambil di tempat yang ditanda tersebut.Orang mesir menganggap Imperial Topaz adalah cahaya yang diabadikan oleh tuhan matahari, Ra. Orang Yunani dan Rom juga mengaitkan kristal yang berwarna keemasan ini dengan tuhan matahari mereka iaitu Mustari.

Perkataan topaz mungkin berkaitan dengan Bahasa Arab توباز kata yang bererti "objek yang dicari" atau तपस् kata Sanskrit "tapas" yang bererti "panas" atau "api". Ini mungkin berdasarkan sejarah dan warna kristal ini yang kebiasaanya kuning kemasan (wikipedia).

Persoalan saya, adakah topaz hanya berwarna kuning keemasan? Namun kini tidak lagi. Topaz ada pelbagai warna. Menurut catatan Nicols (1652), beliau merupakan penulis risalah sistematik pertama untuk mineral dan batu permata telah menulis dua bab tentang topaz. Pada Abad Pertengahan, topaz digunakan untuk merujuk pada setiap batu permata bewarna kuning keemasan. Tetapi kini kategori topaz pelbagai warna dengan merujuk mineral silikat yang terdapat di dalamnya.
Persoalan tajuk belum saya jawab. Saya akan jawab di artikel siri II akan datang..