Semua Batu Delima ini saya terima ketika "projek" tarik batu serai di Sepang. Sebenarnya agak sukar untuk dapat batu delima dalam "projek" ni.
Menurut sejarah dan lagenda batu delima yang saya baca dari buku yang diterbitkan oleh Muzium Negara, ia merupakan raja segala permata. Dalam bahasa sanskrit dikenali sebagai ratnaraj atau ratnanayaka. Dikenali ruby dalam bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa latin iaitu ruber yang bermakna merah.
Menurut lagenda di Myanmar, batu delima di bumi beasal daripada telur naga. Dalam telur ini terdapat 3 bidadari yang suka menolong manusia.
Menurut buku ini juga, dipercayai batu Hajarul Aswad pada kaabah adalah batu delima dari Syurga. Wallahualam..