Khamis, 30 Disember 2010

Batu Delima Ratnaraj



Semua Batu Delima ini saya terima ketika "projek" tarik batu serai di Sepang. Sebenarnya agak sukar untuk dapat batu delima dalam "projek" ni.

Menurut sejarah dan lagenda batu delima yang saya baca dari buku yang diterbitkan oleh Muzium Negara, ia merupakan raja segala permata. Dalam bahasa sanskrit dikenali sebagai ratnaraj atau ratnanayaka. Dikenali ruby dalam bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa latin iaitu ruber yang bermakna merah.

Menurut lagenda di Myanmar, batu delima di bumi beasal daripada telur naga. Dalam telur ini terdapat 3 bidadari yang suka menolong manusia.

Menurut buku ini juga, dipercayai batu Hajarul Aswad pada kaabah adalah batu delima dari Syurga. Wallahualam..

Rabu, 29 Disember 2010

Permata Mistik Stok Terbaru



Salam,

Inilah stok baru permata mistik kami yang saya maksudkan...
Kami buka untuk jualan.

Permata serai RM75
Permata Serai sepasang kecil RM75
Delima RM200
Batu Akik RM150
Batu Jade (Besar) RM200
Batu Jade (kecil) RM150
Cincin Jade RM300
Cincin Permata Jarum Emas

Isnin, 27 Disember 2010

Permata Baru Yang Menawan



Alhamdulillah stok permata kami yang lama dah hampir habis, hanya tinggal 4 permata serai sahaja.

Alhamdulillah Sabtu lepas, kami telah dapatkan stok baru permata serai. Termasuk juga beberapa biji delima, jade, akik.

Yang paling menarik! Terdapat juga cincin jade dan cincin batu jarum emas....

InsyaAllah nanti saya update lagi dan upload pic di sini... Sabarrrrr..

Isnin, 20 Disember 2010

Permata Serai Untuk Dijual

Stok warna oren/perang ini masih ada 1
Stok permata serai yang warna ungu (sebenarnya) masih ada 2
Harga boleh kawtim.. hihi

Ahad, 19 Disember 2010

Permata Serai Yang SOLD OUT

Alhamdulillah SOLD OUT dalam masa dua minggu..
terima kasih pembeli, terima kasih kawan-kawan kerana menyokong perniagaan saya..
Warna biru nila (SOLD OUT)
di jual setiap satu hanya RM75.00.

Terima kasih kepada:
1. Emak Yan (1 permata)
2. Intan (1 permata)
3. Ashraf Muslim (1 permata)
Warna merah darah (SOLD OUT)
di jual setiap satu hanya RM75.00.

Terima kasih kepada:
1. Emak Yan (3 permata)
2. Kak As (1 permata)
Warna kuning cair (SOLD OUT)
di jual setiap satu hanya RM75.00.

Terima kasih kepada:
1. Emak Yan (3 permata)
Batu serai warna hijau lumut (SOLD OUT)
di jual setiap satu hanya RM75.00.

Terima kasih kepada:
1. Dr. Inon (1 permata)
Warna pink (SOLD OUT)
di jual setiap satu hanya RM75.00.

Terima kasih kepada:
1. Yan (1 permata)
2. Intan (1 permata)
Batu serai jernih (SOLD OUT)
di jual setiap satu hanya RM75.00.

Terima kasih kepada:
1. Emak Yan (2 permata)
2. Abg Pie (1 permata)

Khamis, 16 Disember 2010

Saudagar Permata Mistik

Harga RM75 Sebiji Permata


Permata batu serai ini ditebus dan dapatkan dari aktiviti menarik serai berbunga. Pelbagai kelebihan yang telah dipercayai oleh sesetengah orang apabila memakai batu ini (didapati dari alam ghaib). Batu ini tergolong dalam batu jenis topaz. Ia memang sangat sesuai dijadikan batu cincin, loket atau apa sahaja perhiasan wanita.

Namun bagi kami ia adalah semata-mata perhiasan sahaja (kristal). Antara kelebihan yang dipercayai oleh sesetengah orang seperti yang saya petik dari blog ini ialah:

- membawa rezeki dan keuntungan bagi yang memakainya.
- amat bagus dan baik untuk kesihatan tubuh.
- ia dapat membangkitkan aura dalam tubuh malah meneutralkan aura
- sebagai daya penarik pada diri.

Sekali lagi kami nyatakan pendirian kami bahawa kami hanya SAUDAGAR MENJUAL permata-permata ini sebagai perhiasan sahaja. Hihi...

Maklumat lain tentang batu serai secara terperinci boleh layari di sini. <--