Rabu, 16 November 2011

Pembeli Misteri Pemilik Berlian Kuning


GENEVA, Switzerland - Sebutir berlian kuning seberat 110 karat dikenali sebagai Sun Drop dijual pada harga AS$10.9 juta (RM34.3 juta) dalam satu lelongan di sini, menurut firma lelongan Sotheby kelmarin.

Berlian Sun Drop ialah berlian kuning terbesar di dunia.

"Dijual pada harga AS$10.9 juta," kata seorang eksekutif Sotheby, David Bennett di hadapan sekitar 150 orang yang menghadiri lelongan berkenaan di sebuah hotel mewah di sini.

Harga jualan tersebut kurang daripada anggaran pakar-pakar yang meletakkan nilai berlian kuning itu antara AS$11 juta (RM34.6 juta) hingga AS$15 juta (RM47.2 juta).

Permata itu yang ditemui di Afrika Selatan dalam tahun 2010 mengagumkan para pengunjung semasa ia dipamerkan di Muzium Sejarah Semula Jadi London pada awal tahun ini dan juga Hong Kong.

"Ia belum pernah dimiliki, justeru, pembelinya merupakan orang pertama yang memakai berlian ini," kata Bennet.

Berlian tersebut bersaiz sebesar ibu jari tangan wanita.

Ia kelihatan kuning kerana mengandungi nitrogen dalam karbonnya.

Firma Sotheby bagaimanapun masih tidak mendedahkan identiti pembeli berlian tersebut. - AFP

Jumaat, 7 Oktober 2011

Berlian Buah Pear Kuning



Salah satu berlian terbesar di dunia akan dilelong bulan depan di Geneva, Switzerland dan dijangka mampu dijual pada harga AS$15 juta (RM45.3 juta).

Berlian berbentuk seperti buah pear berwana kuning seberat 110.3 karat itu disifatkan oleh firma lelongan, Sotheby's sebagai berlian terbesar yang mempunyai bentuk dan berwarna sebegitu.

"Berlian ini benar-benar mengagumkan. Ia juga merupakan berlian paling besar yang pernah dilelong," kata pengerusi bersama Sotheby's, David Bennett dalam satu sidang media di Hong Kong.

Hong Kong menjadi lokasi pertama dalam siri jelajah antarabangsa pameran batu berharga yang dipanggil Sun-Drop itu sebelum ia dilelong pada 15 November depan. (sumber: KOSMO)

Khamis, 6 Oktober 2011

Batu Serai (permata serai) dan Mutiara Hitam


Assalamualaikum, ini adalah stok terbaru permata /batu serai, permata dan mutiara kami. semuanya untuk dijual.... Kalau berminat boleh hubungi kami.

Selasa, 7 Jun 2011

Warna Batu Permata & Simbolik Kepada Individu

Makna Simbolik Batu Permata

Menurut kepercayaan, batu permata dapat mengungkap tuah pemilik permata dan melihat 'masa depan'. Bahkan ramai yang menganggap batu permata memiliki 'kekuatan' atau kemampuan memberikan sesuatu kepada penggunanya. Samaada benar atau tidaknya, batu permata memang memiliki makna simbolik yang menurut sebahagian orang, makna itu memang benar.

Permata warna kuning.
Bila dikenakan oleh kaum perempuan maka ia menandakan kemurahan hatinya. Tetapi jika dikenakan oleh kaum lelaki maka batu permata ini akan menandakan kerahsiaannya.

Permata warna ungu/violet.
Jika dikenakan oleh kaum perempuan, ia akan menunjukkan pemikiran yang mulia dan suka pada sifat-sifat spiritual. Sedangkan bila dikenakan pada kaum lelaki maka melambangkan penilaian yang bijaksana, ketabahan dan bercita-cita tinggi.

Permata warna hitam.
Akan mengungkapkan ketidaktentuan emosi jika dikenakan pada kaum perempuan bujang. Namun kepada perempuan yang sudah menikah, ia akan menandakan kesetiaan, ketekunan dan cinta yang tidak ada batasnya. Sedangkan bila dikenakan oleh kaum lelaki maka menandakan bijaksana, kekuatan batin, keteguhan atau kepatuhan.

Permata warna merah.
Menandakan kebanggaan, keangkuhan dan ketegaran bila dikenakan oleh kaum perempuan. Tetapi bila dikenakan oleh kaum lelaki maka, ia melambangkan kepemimpinan, aristokrat, kekuasaan dan kesungguhan hati.

Permata warna biru.
Warna ini akan menandakan kecemburuan dalam cinta, waspada dan sikap yang benar dalam pergaulan bila dikenakan oleh kaum perempuan. Sedangkan bila dikenakan oleh kaum lelaki maka akan menandakan kebijaksanaan, pemikiran mulia dan dermawan.

Permata warna hijau.
Melambangkan bercita-cita tinggi, kegembiraan dan perubahan bila dikenakan oleh kaum perempuan. Tetapi jika dikenakan oleh kaum lelaki maka akan menandakan kebahagiaan, persahabatan yang luas dan harapan yang fana.

Apakah anda percaya akan hal tersebut? Semua itu terpulang kepada keyakinan masing-masing. Apakah permata-permata tersebut hanya sebagai hiasan saja atau ada maksud yang lain? Ia tetap misteri & mistik....
Artikel ini adalah olahan dari artikel asal di SINI.

Rabu, 4 Mei 2011

Berlian Terbesar


  1. Dijumpai pada 26 Januari 1905 di Afrika Selatan. Berlian ini dinamakan sebagai Cullinan Diamond.
  2. Ketika dijumpai, ia mempunyai berat 3106 karat. Sebagai perbandingan, cincin berlian biasa yang dijual di pasaran mempunyai berat hanya sekitar 1-2 karat. Cincin yang mempunyai berat melebihi 3 karat sudah dianggap sebagai besar dan mewah. Inikan pula melebihi 3000 karat!
  3. Berlian ini sudah dipotong sebanyak 3 kali, Cullinan I, Cullinan II dan Cullinan III. Potongan yang paling besar dikenali sebagai Star of Africa (merupakan yang kedua terbesar di dunia) dan kini dipamerkan di Tower of London.



Sumber: Billy Info

Selasa, 26 April 2011

Permata Mistik Dari Rumpun Serai Berbunga

Suatu tengah malam di Restoran Maulana, Serdang, pertama kali bila Iqbal memperkenalkan saya dengan batu serai, memang saya tak percaya. Apakah logik permata secantik itu dan batu permata boleh digali dan dijumpai di akar serai? Dan. Apakah logik rumpun serai berbunga? Kurang masuk akal. Tapi di Alam Melayu semua perkara ini tidak mustahil berlaku. Itu saya yakin. Malam itu, Iqbal nak jual batu serai yang dia miliki pada saya. Dan. Dia cerita kepada saya bagaimana upacara dilakukan untuk memperolehi harta karun ini. Untuk lebih meyakinkan saya, Iqbal mengajak saya menyertai aktiviti ini. Sehingga sekarang, saya telah menyertai aktiviti ini sebanyak 4 kali.Perkara pertama yang paling penting perlu ada rumpun serai yang berbunga. Tidak terkecuali serai makan atau serai wangi, semua boleh. Menurut Iqbal dan kawan-kawan saya yang bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti ini, kunyit berbunga pun boleh! Syaratnya di tanam di atas tanah. Malah Wak yang menjadi perantaraan upacara ini pernah mengeluarkan batu permata dari bunga tebu di tapak tangannya. Juga, pengalaman saya melihat sendiri Wak keluarkan batu permata ditangannya dengan bunga serai. Itu, depan mata kepala saya. Permata itu saya jadiakan mata cincin.Kemudian, kita perlu sediakan beras yang digaul dengan kunyit dan digaul juga dengan minyak atar. Semakin kuat bau minyak atar semakin bagus.Bunga serai tadi kita perlu patah-patahkan dan masukkannya ke tengah-tengah rumpun. selepas itu, disusuli dengan menaburkan semua beras kunyit tadi ke dalam rumpun serai. Setelah itu, Wak akan menyelimutkan rumpun tersebut dengan kain wafak hitam. Setelah diselimutkan dengan kain wafak, Wak akan membaca surah-surah pendek (ini yang saya dengar sendiri). Jampi-jampi yang lain saya tak tahu sebab tidak pernah dengar. Namun bibir Wak kerap terkumap-kamit membaca sesuatu.
Setelah selesai, Wak akan menyeluk kain wafak tadi ke tengah-tengah rumpun. Kemudian kain itu dibungkus. Pembantu Wak akan memegang kain tersebut. Wak arahkan kami menarik rumpun serai itu, ketika proses menarik, kami tidak boleh menyuluh cahaya ke akar serai. setelah rumpun serai di tarik dan diletakkan di atas alas, maka kami akan menyuluh cahaya di tanah bekas tempat rumpun serai itu. Maka. Berkilau-kilauan batu serai di atas tanah, kami perlu mengutip permata ini secara cepat dan tertib. Jika lambat, permata ini akan hilang. Kemudian kami akan menggali tanah tersebut kerana masih banyak lagi permata di dalam tanah bekas rumpun. Kawan yang lain akan mencari permata dan harta lain di dalam rumpun serai dan akar serai. Juga akan dijumpai pelbagi jenis permata di situ. Jika bernasib baik akan menjumpai cincin permata.Ini adalah sebahagian hasil yang dijumpai di dalam tanah bekas rumpun serai yang di tarik. Permata bercampur dengan tanah dan pasir. Masih belum dicuci dan diasingkan.
Selain itu, perkara lain yang paling mistik ialah barangan lain yang terdapat di dalam kain wafak hitam setelah dikeluarkan dari rumpun serai tadi. Inilah barang-barang yang ada. Lihat sendiri di dalam gambar. Untuk memiliki barangan di atas, ia perlu ditebus dengan sekian harga. Sengaja saya tidak mahu memperincikan barang-barang mistik tersebut. Ia hanya tatapan dan pengalaman.
Inilah hasil yang saya terima daripada aktiviti saya pada malam tersebut. Sebahagian besarnya telah saya jual. Semuanya saya jual. Boleh hubungi kami untuk memiliki permata di atas.

Isnin, 25 April 2011

Personaliti Batu Permata



KLIK gambar untuk paparan yang lebih jelas



Kami fikir informasi ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan dengan pembaca-pembaca semua. Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya...

Selasa, 19 April 2011

Permata Mistik Untuk Dijual

Stok permata kami untuk dijual. Buat masa sekarang ini sahaja yang masih ada.
Antara yang kelihatan di dalam gambar ialah:
1. Batu serai pelbagai warna & bentuk (RM75).
2. Delima pelbagai saiz.
3. Batu akik
4. Jade pelbagai saiz
5. Batu mata kucing (RM55)
Harga masih boleh dirunding. Bagi delima, jade & akik harga mengikut saiz.

Isnin, 18 April 2011

Berlian oh Berlian

KLIK gambar di atas untuk dapatkan paparan yang jelas untuk dibaca.